Muat Turun Borang
Kriteria Sumbangan Ehsan
- Pemberian sumbangan adalah berdasarkan case by case basis dan terpulang kepada budibicara dan pertimbangan Yang Dipertua dan atau Jawatankuasa Induk.
- Jumlah sumbangan adalah RM150.00 seorang
Borang Keahlian PKKIM
Keahlian PKKIM dibuka kepada semua warga MPOB yang beragama Islam. Yuran keahlian sebanyak RM3.00 untuk Kumpulan Pelaksana dan RM5.00 bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional akan dikenakan melalui potongan gaji bulanan.
Borang Keahlian
Borang Sumbangan KHAIRAT
- Pemohon mesti telah menjadi ahli PKKIM sekurang-kurangnya sebulan melalui potongan gaji.
- Pemohon perlu menyertakan sijil kematian atau apa-apa dokumen yang mengesahkan kematian tersebut.
- Tuntutan hanya bagi kematian suami/isteri, anak, ibu, atau ayah sahaja.
- Jumlah tuntutan adalah RM350 untuk ahli yang meninggal dunia dan RM200 untuk ahli keluarga tersebut di atas.
- Jika lebih satu kematian dalam satu masa, sumbangan diberikan mengikut bilangan ahli keluarga yang meninggal.
Perhatian kepada semua ahli : Sila baca Kriteria sumbangan KHAIRAT PKKIM di atas sebelum mengisi borang.
Muat turun Borang Sumbangan KHAIRAT
Borang Sumbangan PKKIM
PKKIM mengalu-alukan sokongan dan bantuan ikhlas kakitangan bagi menampung dana PKKIM untuk menjalankan aktiviti seperti bayaran penceramah, hadiah kepada anak-anak cemerlang dalam peperiksaan, bantuan yuran peperiksaan, dan sumbangan musibah kepada mangsa banjir, kemalangan, kebakaran, dan sebagainya.
Sumbangan ikhlas tuan/puan boleh di buat dengan memuatturun Borang Potongan Gaji di bawah :
Muat turun Borang Sumbangan PKKIM
Borang Tuntutan Sumbangan Perkahwinan
- Pemohon mesti telah menjadi ahli PKKIM sekurang-kurangnya sebulan melalui potongan gaji.
- Hanya untuk perkahwinan kali pertama sahaja.
- Pemohon perlu menyertakan sijil nikah atau apa-apa dokumen yang diiktiraf untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
- Hanya seorang sahaja dari pasangan yang boleh menuntut.
- Jumlah sumbangan adalah RM200.
Perhatian kepada semua ahli : Baca Kriteria Tuntutan Sumbangan Perkahwinan di atas sebelum mengisi borang.
Muat turun Borang Tuntutan Sumbangan Perkahwinan